Rumah agam Aliff Syukri masuk Home Of The Rich, netizen tumpang bangga

Rumah agam Aliff Syukri masuk Home Of The Rich, netizen tumpang bangga

Pengikut laman tersebut dari luar negara turut 'angkat kening' melihat rumah agam yang sama hebatnya dengan rumah mewah, villa dan istana di Eropah.

Apabila sebuah laman sosial hartanah mewah Home of The Rich memuatnaik gambar rumah agam Datuk Seri Aliff Syukri di laman Instagramnya, segera ia mendapat perhatian netizen seluruh dunia.

Ternyata di sebalik gambar foto rumah-rumah mewah di seluruh dunia, khususnya di Amerika Syarikat yang dimuatnaik di laman sosial itu, rumah Aliff juga yang dapat perhatian khusus.

Laman @homeoftherich yang mempunyai lebih 274,000 pengikut turut tag nama Aliff bersama-sama 2 keping gambar rumah beliau.

Gambar pertama menunjukkan Aliff berdiri di hadapan pintu masuk rumahnya, bersandar pada kereta mewah dengan lebih 5,000 ‘likes’.

Manakala gambar kedua pula di tangga di bahagian dalam rumahnya yang memperoleh hampir 2,000 ‘likes’.

Tetapi kali ini, ramai netizen dari Malaysia yang memuji dan tumpang bangga dengan ‘pengiktirafan’ tersebut.

Selain netizen tempatan, pengikut laman sosial dari luar negara juga ‘angkat kening’ melihat rumah agam yang sama hebatnya dengan rumah mewah, villa dan istana di Eropah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.