Individu kontroversi yang juga usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman menafikan nama sebenarnya sebagai Muhammad Sajjad seperti yang dilaporkan di media tempatan semalam.

Terdahulu, Sajat dihadapkan ke mahkamah membabitkan kesalahan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014.
Dalam satu termuramah dengan akhbar The Star, Sajat berkata laporan yang menyebut namanya sebagai Muhammad Sajjad adalah tidak benar.
“Nama dalam IC (kad pengenalan) hanya S… A… J… A… T… Kamaruzaman. Tak ada Muhammad pun,” katanya.
Malah beberapa akhbar utama turut mengelarkan Sajat sebagai lelaki selain memaparkan gambar salinan kad pengenalannya yang terpapar nama Muhammad Sajjad.
Sajat juga mempertikaikan penggunaan namanya dalam kes yang membabitkan syarikat kosmetik bukan dia sebagai individu.
“Kes tersebut antara syarikat saya dengan mahkamah dan Kastam (Jabatan Kastam Diraja Malaysia), kenapa mereka (media) tak sebut nama syarikat saya?” tanyanya.
Pun begitu, Sajat enggan menunjukkan kad pengenalannya kepada wartawan untuk membuktikan kebenaran kata-katanya.
“Kenapa saya kena tunjuk IC semata-mata nak puaskan hati mereka. Nanti orang salah guna, sekarang ni dah makin ramai scammer (penipu), jadi saya perlu lebih berwaspada,” ujarnya kepada akhbar itu lagi.
Sajat didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas mengaku bersalah terhadap 3 pertuduhan iaitu gagal kemuka penyata GST kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia.
Dalam pada itu, netizen terus mempersoalkan jantina Sajat dan menerima gambar salinan kad pengenalan yang viral di laman sosial sebagai benar.
Ada di antara mereka yang turut memeriksa pusat undi Sajat mengunakan nombor kad pengenalan yang terdedah pada umum itu dan berkongsi di laman sosial Whatsapp.