Fattah Amin antara 100 lelaki paling seksi di dunia

Fattah Amin antara 100 lelaki paling seksi di dunia

Perkara itu turut dikongsi dalam Instastories Fattah Amin dan Fazura.

Sebuah portal hiburan, Starmometer menamakan Fattah Amin sebagai salah seorang daripada 100 lelaki paling seksi di dunia untuk 2018 menerusi pencalonan berdasarkan undian yang diadakan dalam talian baru-baru ini.

Kedudukan Fattah Amin dilihat satu kejayaan besar apabila pelakon yang juga suami kepada pelakon jelita Nur Fazura Sharifuddin menjadi satu-satunya lelaki Malaysia dan membelakangkan calon-calon dari Korea, seperti Jung Hae-In, Seung Hwan Lee, pelakon Amerika Syarikat, Ross Butler serta penyanyi England, Harry Styles.

Sumber gambar: cinema.com.my

Perkara itu turut dikongsi dalam Instastories Fattah Amin dan Fazura.

Lelaki Paling Seksi 2018 Starmometer dijulang oleh penyanyi, penari, model dan pengacara, ahli kumpulan muzik band BTS dari Korea Selatan, Jeon Jungkook.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.