Guna model kulit putih untuk baju ‘Black Panther’, jenama Forever21 dikritik

Guna model kulit putih untuk baju ‘Black Panther’, jenama Forever21 dikritik

Forever 21 menarik semula gambar tersebut dari laman webnya dan meminta maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.

Jenama fesyen terkemuka, Forever 21 diserang netizen selepas mempromosikan baju sejuk yang diinspirasi daripada filem Black Panther menggunakan model kulit putih.

Netizen mula mempersoal sebab di sebaliknya dan jikalau model kulit hitam tidak layak menjadi model pakaian bagi fesyen filem yang diinspirasi daripada etnik Afrika itu.

Semua orang tahu, watak Black Panther adalah adiwira yang berkulit hitam.

Ekoran kecaman itu, Forever 21 menarik semula gambar tersebut dari laman webnya dan meminta maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.

Ia juga dalam satu kenyataan akui akan lebih berhati-hati dan menerima sebarang kritikan dan nasihat untuk menambah baik perkhidmatannya.

Di sebalik suara kritik, ramai yang akui mereka tidak mengesan apa-apa kesalahan dengan mempamerkan model kulit putih bagi baju tersebut.

Malah ramai yang berkata mereka tidak menyukai rekaan serta warna baju itu dan tidak menjadikan model sebagai isu sebenar.

Apapun, pakaian itu sudah tiada dalam carta belian Forever21 lagi!

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.