Kafe jual bubble tea dicampur ubat batuk dan netizen menyukainya

Kafe jual bubble tea dicampur ubat batuk dan netizen menyukainya

Minuman itu hanya ditawarkan untuk tempoh masa terhad iaitu sepanjang ‘musim cuti' sahaja.

Gambar Facebook Labobatory.

Apa kaitannya antara ubat batuk dan minuman bubble tea?

Umumnya kalau anda terlalu sensitif, minum bubble tea berais boleh menyebabkan batuk dan anda terpaksa minum ubat batuk untuk menyembuhkannya. Itu sahaja hubungan paling logik yang ada.

Tidak, sebenarnya ada kaitan baru dan segar apabila seorang pemilik kafe, mengabungkan bubble tea dengan ubat batuk untuk mendapatkan perasa unik bagi minuman itu.

Lebih tepat, sebuah kafe di California, Amerika Syarikat, Labobaroty mencampurkan ubat batuk yang terkenal dengan nama ‘Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak’ atau Pei Pa Kao dalam minuman tehnya.

Namun, ia hanya ditawarkan untuk tempoh masa terhad iaitu sepanjang ‘musim cuti’ sahaja.

Menurut muat naik Facebook kafe itu, ia berterima kasih kepada “Subtle Asian Traits” atas respon terhadap minuman tersebut.

“Kami ada teh hijau ubat batuk sepanjang musim cuti selain 4 lagi minuman bertema cuti yang lain!

“Kami akan terus mencipta pembaharuan rasa yang mengabungkan bahan tradisional dan memberi sentuhan moden dalam perasa baru dan lama,” tulisnya.

Daripada muat naik berkenaan ramai yang didapati tertarik dengan minuman tersebut termasuk netizen dari Malaysia dan Singapura yang mahu perasa berkenaan diperkenalkan di negara ini.

Tapi, bolehkah ubat batuk jadi minuman kesual dan apakah ia tidak akan memberi sebarang kesan sampingan keada kesihatan?

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.