Pelakon dalam drama bersiri Gerak Khas yang memegang watak Detektif Wong atau nama sebenarnya Ruzzlan Shah Abdullah dikhabarkan meninggal dunia petang ini ketika menerima rawatan di hospital HUKM.

Berita sedih tersebut dikongsikan oleh pelakon Sheera Iskandar yang bergandingan dalam drama bersiri yang bercorak kepolisan arahan Datuk Yusuf Haslam .
Drama Melayu yang memaparkan kes-kes jenayah yang sering berlaku di negara ini termasuk penculikan, penyeludupan,rompakan itu mula ditayangkan sejak 1999.
Menerusi laman Instagramnya, Sheera memaklumkan berita pemergiaan pelakon kacak tersebut.
Beliau turut memberitahu, dia sempat menziarahi Ruzzlan yang sedang menerima rawatan bersama beberapa rakan lain.
Perkara sama turut dimaklumkan oleh rakan gandingannya aktres Salina Saibi melalui instagram miliknya.