Prof Jayanthi, pakar pemakanan dari Malaysia terima anugerah di AS

Prof Jayanthi, pakar pemakanan dari Malaysia terima anugerah di AS

Anugerah tersebut mengiktiraf sumbangan individu kelahiran asing yang bekerja dalam bidang kesihatan dan berkhidmat kepada orang Amerika Syarikat melalui perkhidmatan, pengajaran atau penyelidikan dalam satu tahun.

Jayanthi Kandiah. (Gambar Facebook)

Seorang pakar pemakanan dari Malaysia, Prof Madya Dr Jayanthi Kandiah memenangi Anugerah Profesional Kesihatan Imigran Cemerlang bagi tahun 2018 di Amerika Syarikat.

Jayanthi yang bekerja di Indiana State Ball University dan menerima anugerah tersebut untuk pencapaian pendidikan dan penyelidikannya.

Menurut kenyataan ketua jawatankuasa pemilihan seperti yang dipetik dari akhbar The Star, anugerah tersebut disampaikan bagi mengiktiraf sumbangan individu kelahiran asing yang bekerja dalam bidang kesihatan dan berkhidmat kepada orang Amerika Syarikat melalui perkhidmatan, pengajaran atau penyelidikan dalam satu tahun.

“Anugerah ini merupakan satu kejutan besar kepada saya kerana saya dicalonkan oleh rakan sekerja di Kolej Kesihatan. Saya difahamkan bahawa saya bersaing dengan doktor, jururawat, ahli farmasi, saintis dan semua profesional kesihatan imigran. Ia seperti mimim,” kata Jayanthi ketika dihubungi akhbar itu.

Anugerah tahunan itu disampaikan oleh perbadanan bukan keuntungan (NGO), Health For All Inc, yang diasaskan pada 2001 untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan.

Jayanthi memperoleh ijazah pertama dan ijazahnya lanjutan dari Universiti Nebraska-Lincoln, di mana beliau menamatkan PhDnya dalam bidang pemakanan manusia.

Beliau juga terlibat dalam penyelidikan pediatrik, terapi pemakanan, ubat pelengkap dan alternatif, penyelidikan tingkah laku, kesejahteraan dan kesihatan awam penduduk sasaran, dan pemakanan global.

Beliau berkhidmat di AS selama 3 dekad bermula sebagai penolong profesor pada tahun 1991 dan kini menjadi rakan sekutu akademik di Ball State University dan ketua sementara Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan.

Tambah laporan itu, Jayanthi terlibat dalam mendedahkan pelajarnya ke realiti di luar Amerika Syarikat dengan mengadakan lawatan belajar ke Asia, termasuk Malaysia.

Setakat ini, beliau menerbitkan 6 kertas penyelidikan dan mengurus 5 tesis pelajar.

Jayanthi sedang menjalankan penyelidikan nutrisi pada kanak-kanak dengan autisme, sementara juga menjadi sebahagian daripada pasukan global yang aktif terlibat dengan penyelidikan di Kenya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.