5 sifat bapa perlu ajar anak lelaki

5 sifat bapa perlu ajar anak lelaki

Layan semua orang secara saksama tidak kira lelaki atau wanita.

Wahai lelaki bergelar bapa, kehidupan dan perlakuan anda di luar sana sering kali diperhatikan. Daripada bercakap dalam telefon, berborak, dan tingkah laku anda di rumah. Anak anda sering perhatikan.

Anak lelaki anda adalah ‘pengikut’ pertama yang paling setia memerhatikan setiap gerak geri, termasuk cara anda melayan wanita yang sekali gus mencorakkan mereka apabila dewasa nanti.

Di bawah adalah beberapa panduan yang boleh digunakan oleh para bapa dalam mengajar anak lelaki melayan wanita secara lebih berhemah.

1. Layan semua orang dengan bermaruah dan hormat

Layan wanita sama macam semua orang, jangan kurang ajar. Ini termasuk cara anda bercakap antara satu sama lain dan bagaimana anda bertindak kepada mereka.

Bangkit dan tunjukkan sokongan anda apabila wanita ditindas atau maruah mereka dinodai.

Berbaik dengan mereka walaupun ada perkara yang berbeza fahaman atau tidak selari dengan mereka dan utamakan maruah wanita.

2. Iktiraf semua sebagai unik dan mempunyai personaliti tersendiri

Setiap manusia adalah sangat unik dengan bakat yang tertentu. Ajar anak lelaki anda untuk mengenali dan menghormati sifat-sifat ini.

Jangan stereotaip dan melabel wanita. Luangkan masa untuk mengenali orang lain kerana anda mungkin mencari pasangan seumur hidup dan gunakan ayat yang membangunkan setiap insaniah seseorang.

3. Komunikasi adalah kunci

Kadang-kadang anda jangan bercakap, tetapi menjadi seorang pendengar bagi mencari penyelesaiaan sesuatu masalah. Jadi dengarlah luahan mereka sebanyak mungkin kerana mereka mahu didengari.

Anggap yang terbaik dalam diri orang lain. Fahami mereka dan pandangan mereka. Dekatkan diri untuk bercakap bertujuan untuk belajar.

4. Jadi ‘gentle-man’

Anda sebagai lelaki perlu meletakkan keperluan orang lain sebelum diri sendiri.

Cari cara untuk membantu, memotivasi dan mengembangkan perasaan belas kasihan kepada wanita.

Tanamkan sikap yang tidak mementingkan diri sendiri.

Berusaha untuk menjadikan setiap situasi lebih baik kepada semua orang.

5. ‘No means no’

Saling menghormati batas antara lelaki dan wanita dan cuba fahamkan mereka. Anda perlu ingat had-had bersama wanita sepanjang masa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.