Kanak-kanak hidap penyakit kronik semuda di peringkat bayi

Kanak-kanak hidap penyakit kronik semuda di peringkat bayi

Hipertensi kini tersenarai antara penyakit yang sering dihadapi kanak-kanak di Malaysia.

Walaupun masih kecil dan hanyalah kanak-kanak yang baru mahu mengenal erti kehidupan, tetapi penyakit pada masa kini umpama tidak mengenal usia. Ia boleh menyerang mana-mana kanak-kanak pada bila-bila masa.

Namun, ada penyakit yang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat, tahap keselamatan yang optimum dan tidak terlalu memanjakan anda sehingga mereka lemah dan justeru itu mudah dijangkiti penyakit.

Ketahuilah jenis-jenis penyakit berbahaya yang menjadi ugutan masa kini kerana ia bukan hanya menyerang dewasa malah kanak-kanak.

Obesiti

Masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak semakin hari semakin membimbangkan. Boleh dikatakan satu daripada 5 orang anak yang bersekolah akan mengalami masalah berat badan ataupun obesiti.

Kekerapan memberikan anak makanan ‘fast food’ dan ‘frozen food’ menyebabkan kanak-kanak menjadi ketagih dan seterusnya mendorong mereka untuk menjadikan makanan ini sebagai pilihan utama.

Risiko untuk mendapat penyakit obesiti ini semakin meningkat apabila ‘fast food’ dan ‘frozen food’ menjadi makanan utama dibandingkan dengan home made food.

Tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi di kalangan kanak-kanak? Ya, jangan terkejut. Hipertensi kini tersenarai antara penyakit yang sering dihadapi kanak-kanak di Malaysia.

Tekanan darah tinggi sebelum ini sering dikaitkan dengan mereka yang berusia 40 tahun ke atas, kemudian menurun ke 20 tahun, dan kini kanak-kanak.

Jika penyakit ini tidak dirawat, ia akan menyebabakan masalah kesihatan kanak-kanak akan lebih teruk seperti penyakit jantung atau strok.

Sebagai ibu bapa anda boleh mengawal dengan menurunkan berat badan, bersenam, dan kurangkan kandungan garam dalam makanan.

Kolesterol tinggi

Kolestrol adalah bahan berlemak yang hadir dalam darah. Antara fungsi kolesterol adalah menghasilkan membran sel dan menukar serapan cahaya matahari kepada vitamin D. Ia dipanggil kolesterol baik.

Namun apabila seseorang itu mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat seperti pengambilan lemak tidak tepu yang tinggi, kurang bersenam, obesiti, merokok serta minum alkohol menyebabkan kolesterol ‘jahat’ berkumpul dengan banyak dalam dinding arteri.

Apabila kolesterol tinggi, maka ia mudah terdedah kepada sakit jantung dan pelbagai penyakit lain.

Ia juga berkemungkinan berlaku kerana diwarisi dari keturunan keluarga. Ahli pediatric mengatakan semua kanak-kanak harus menjalani ujian kolestrol pada umur 9 dan 11 tahun.

Diabetis jenis-2

Jika kanak-kanak yang menghidap diabetes dan gagal mengawal penyakit ini dengan betul dari awal, maka risiko untuk mereka menghidap penyakit kronik lain yang berkaitan dengannya adalah lebih tinggi.

Menurut statistik, diabetes dalam kalangan kanak-kanak adalah amat membimbangkan.

Diabetes jenis kedua, yang selama ini lebih sinonim dengan orang dewasa semakin meningkat di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Kajian menunjukkan hampir 15% kes diabetes atau kencing manis jenis-1 berlaku pada kanak-kanak berumur di bawah 5 tahun.

Angka daripada Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) menunjukkan setiap tahun di seluruh dunia, kira-kira 70,000 kanak-kanak di bawah umur 15 tahun menghidapi penyakit diabetes ini. Dianggarkan juga seramai 200 kanak-kanak akan menghidap diabetes jenis-1 setiap hari!

Ibu bapa boleh mengawal kandungan gula dalam darah dengan memberi makanan yang sihat dan melakukan senaman bersama.

Batu karang

Walaupun ia jarang berlaku, pakar perubatan melaporkan kebelakangan ini ada peningkatan signifikan jumlah kes batu karang dalam kalangan kanak-kanak.

Tabiat pemakanan, obesiti yang semakin meningkat dan gaya hidup tidak aktif boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang. Tabiat pemakanan dan gaya hidup tidak sihat boleh menyebabkan pembentukan batu karang pada kanak-kanak.

Kurang pengambilan air putih, minum minuman manis atau berkafein meningkatkan kepekatan air kencing. Malah, dalam makanan yang disediakan di restoran, makanan beku, sandwic, makanan ringan dan minuman sukan mungkin mengandungi kandungan garam kuantiti yang berlebihan.

Selain itu, kebanyakan batu karang disebabkan oleh tahap kalsium, iaitu oxalate atau fosforus yang tinggi dalam air kencing. Ia biasanya dijumpai dalam air kencing dan tidak menyebabkan masalah pada tahap normal.

Dalam keadaan berbeza, apabila kanak-kanak tidak dapat bergerak bagi jangka masa yang panjang, seperti selepas menjalani pembedahan, peluang pembentukan batu karang lebih tinggi. Ini kerana apabila kanak-kanak tidak bergerak, tulang mereka boleh mengeluarkan kalsium tambahan ke dalam darah.

Sakit mental

Sesetengah gangguan mental biasanya didiagnosis pada zaman kanak-kanak, ini termasuk ADHD dan autism. Tetapi banyak jenis penyakit berkaitan boleh ditemui ketika mereka masih kecil, seperti kemurungan dan gangguan makan.

Pediatrik memberitahu, ibu bapa harus berjumpa dengan pakar untuk menerima rawatan sejak dari kecil lagi.

Glaukoma

Segelintir kanak-kanak dilahirkan dengan masalah di mata yang menyebabkan cecair dari mata mengalir dengan sendiri. Ia akan menyebabkan tekanan yang membahayakan mata kanak-kanak itu.

Anak anda khususnya bayi, akan sensitif terhadap cahaya atau mempunyai jumlah air mata yang luar biasa. Glaukoma kanak-kanak boleh dirawat dengan ubat atau pembedahan bagi memastikan saraf optik tidak rosak dan melindungi mata mereka.

Sebagai ibu bapa atau penjaga yang bertanggungjawab, jagalah makan minum serta gaya hidup anak anda sejak dari kecil lagi supaya mereka sentiasa sihat dan bebas penyakit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.