Lelaki ini awet kehidupan dengan miniatur 3D

Lelaki ini awet kehidupan dengan miniatur 3D

Diorama adalah model sesuatu tempat atau kejadian dalam ukuran kecil yang dibentuk dengan kesan 3 dimensi atau bagi pameran muzium berskala besar.

Gambar: Facebook Eddie Putera Noordin

Untuk mencipta sesuatu daripada tiada apa-apa, adalah kemahiran yang unik yang hanya boleh dilakukan oleh beberapa orang.

Bagi Eddie Putera Noordin, seorang jurugambar profesional berusia 51 tahun, kemahirannya yang unik yang mampu menghidupkan kembali kenangan masa lampau menerusi ukiran diorama yang indah, meriah dan menakjubkan, pastinya akan membuat sesiapa pun terpesona.

Bayangkan, model sebuah kereta berusia 20 tahun dibentuk menerusi tiga dimensi dan kelihatan hidup dengan kesan karat, berkulat dan kemek.

Diorama adalah model sesuatu tempat atau kejadian dalam ukuran kecil yang dibentuk dengan kesan 3 dimensi atau bagi pameran muzium berskala besar.

Gambar: Facebook Eddie Putera Noordin

Lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Seni Bina dari University of London, beliau memulakan perjalanannya dalam seni ukiran miniatur pada 2016 dan sejak itu, beliau telah mengukir ratusan diorama.

“Saya berminat dengan seni visual sejak zaman kanak-kanak, saya suka melukis , mengambil gambar dan kini membuat diorama atau miniatur, yang membolehkan saya bercerita menerusi persembahan visual.

“Diorama saya adalah tentang kehidupan, mengimbas ketika manusia menjalani kehidupan dan itu yang memberi inspirasi dan mencetuskan semangat saya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui, baru-baru ini.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=4&v=rOGljxhfiFs

Menurut Eddie, semuanya bermula sebagai hobi, dan beliau belajar mengukir landskap, membina rumah daripada kayu dan mencipta sesuatu yang sempurna hanya melalui YouTube.

Karya seninya dilhamkan daripada adegan bertemakan retro di Malaysia terutama sekitar 80’an

Gambar: Facebook Eddie Putera Noordin

Meneliti diorama yang dihasilkannya menunjukkan penelitian serta perhatian luar biasa beliau dalam penghasilan kerja yang memerlukan minat yang mendalam serta kesabaran.

Eddie yang sangat terkenal sebagai ‘rust master’ di Malaysia berkata proses yang paling sukar dilakukan adalah untuk mewarnai setiap miniatur kerana ianya terlalu kecil, dan masing-masing harus dikodkan dengan warna yang betul.

Gambar: Facebook Eddie Putera Noordin

Keupayaannya untuk mencipta diorama yang indah itu menghasilkan hampir 300,000 pengikut di Instagramnya .

Eddie juga berharap dioramanya akan menjadi rujukan bagi generasi akan datang.

Beliau berkata, generasi masa depan mungkin tidak dapat membayangkan bagimana rupanya rumah kayu yang sederhana, struktur tradisionalnya, atau pemandangan kampung.

“Melestarikan kenangan dan nilai seni bina untuk generasi akan datang adalah sesuatu yang memberi saya semangat,” katanya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.