Sejak ‘Warkah Dari Cordoba Untuk Nurul Izzah’ viral di laman sosial, netizen tidak ketinggalan untuk troll perkataan ‘adinda’ dan ‘kekanda’ secara meluas.

Bukan sahaja netizen, bahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak mahu terlepas daripada menyindir menggunakan terma kata ganti diri tersebut di dalam posting beliau.
Menarik lagi, rangkaian makanan segera Domino’s Pizza dalam iklannya memperkenalkan menu terbaru, Butterscoth Bread & Butter Pudding turut mengaplikasi perkataan sama.


Nampaknya strategi pemasaran mereka berjaya apabila ia mendapat perhatian yang cukup luas dari orang ramai.
“Warkah Dari Domino’s Untuk Adinda. Kehadapan Adinda yang kukasihi. Kekanda kini ada di Domino’s. Mereka ada Butterscoth Bread & Butter Pudding baharu yang adinda inginkan.
“Kekanda tak boleh makan tanpa memikirkan adinda. Jadi kekanda akan membawa pulang Butterscoth Bread & Butter Pudding ini untuk adinda. Sekian, Yang Benar, Kekanda yang setia,” petik kata iklan tersbeut Facebook rasmi Domino’s.
Posting tersebt dikongsi hampir 3,500 kali dan menerima puluhan komen yang turut berbalas menggunakan perkataan tersebut.
Beberapa hari yang lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa ketika dalam perjalanan dari Cordoba ke Madrid di Sepanyol menulis status Facebook kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berbentuk warkah menggunakan terma ‘kekanda’ dan ‘adinda’ sebagai kata ganti diri.
Dalam warkah itu, beliau mahu ‘adinda’ Nurul Izzah meneruskan legasi politik dan tidak meninggalkan perjuangan reformasi yang dibina sejak sekian lama.