Kaki bengkak selepas suntik DNA Al-Quran, Bible di paha

Kaki bengkak selepas suntik DNA Al-Quran, Bible di paha

Adrien Locatelli menggantikan setiap karekter dari kedua-dua kitab dengan nukleotida, sejenis struktur pembentuk inti sel DNA dan RNA sebelum melakukan eksperimen ke atas dirinya sendiri.

Gara-gara ingin membuktikan sesuatu yang luar biasa, seorang remaja Perancis menyuntik kandungan yang dikatakan mempunyai DNA Al-Quran dan Bible pada pahanya sehingga kakinya membengkak.

Pelajar sekolah menengah itu dipercayai memulakan dengan memilih ayat dari gabungan dua kitab suci itu untuk disuntik ke dalam tubuhnya dalam bentuk DNA.

Memetik laporan OddityCentral, remaja itu menggantikan setiap karekter dari kedua-dua kitab dengan nukleotida, sejenis struktur pembentuk inti sel DNA dan RNA.

Penggunaan bahan itu membantu mengubah teks kedua-dua kitab kepada bentuk DNA dan disuntik di kedua-dua pahanya.

Malangnya, perbuatan yang dilakukan Adrien Locatelli memakan diri sendiri selepas kaki kirinya bengkak mungkin sebagai kesan sampingan kemasukan elemen asing.

Pelajar itu berkata, dia mahu menjadi orang pertama melakukan ekperimen yang tidak pernah dilakukan orang lain.

Bagaimanapun perbuatan itu dikecam netizen yang menganggapnya kurang cerdik dan perlu dihentikan segera.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.