Menurut bakal pengantin lelaki yang berusia 23 tahun itu, pemberian kucing comel tersebut adalah sebagai ganti kepada kucing tunangnya, yang mati Oktober lalu selain beberapa barangan hantaran lain.

Lazimnya, hantaran sempena hari pertunagan atau perkahwinan membabitkan barangan seperti bahan manisan atau barangan keperluan si pengantin seperti beg tangan, kasut, pewangi tetapi citarasa semakin berubah.
Bagi pasangan Tengku Nurul Atika Nabiha Tengku Rosnan dan Mohamad Ibtisam dari Kuantan tampil dengan kelainan apabila menjadikan binatang peliharaan iaitu seekor kucing sebagai hantaran majlis pertunangan mereka.
Memetik laporan Utusan Malaysia, kucing jenis baka Parsi British Short Hair dimasukkan dalam senarai hantaran kerana Nurul Atika adalah peminat kucing.
Menurut bakal pengantin lelaki yang berusia 23 tahun itu, pemberian kucing berkenaan juga adalah sebagai pengganti kepada kucing asal milik tunangnya yang mati Oktober lalu. Selain kucing, turut disertakan sebagai hantaran ialah beberapa barangan hantaran lain.
Lebih menarik, kucing yang dijadikan hantaran itu juga dilihat duduk diam dan sangat ‘bekerjasama’ sepanjang majlis berkenaan.
Nampaknya hantaran ‘haiwan peliharaan kucing’ sememangnya menjadi trend masa kini khususnya dalam kalangan pasangan pengantin masa kini yang sama-sama sukakan kucing.
Laman Facebook Dunia Kucing misalnya, mengepos beberapa gambar idea dan konsep hantaran berasaskan kucing yang turut mendapat sambutan netizen.