Elak digigit nyamuk aedes pada musim hujan ini

Elak digigit nyamuk aedes pada musim hujan ini

Awasi dan jaga persekitaran kediaman anda daripada nyamuk dengan tips-tips di bawah.

Semakin hari, kes demam denggi dalam negara dilapor semakin meningkat. Kalau dulu ia hanya dijangkiti di dalam persekitaran di hutan atau taman tasik, tetapi kini kelibat nyamuk ini berada hampir di mana-mana.

Bayangkan di rumah sendiri pun, kalau tidak dijaga boleh menjadi habitat nyamuk aedes dan ugutan demam denggi bagi seluruh ahli keluarga. Apapun, harus difahami, sebahagian besar gigitan nyamuk tidak berbahaya. Bekas gigitanya dengan bonjolan merah kecil akan hilang dengan sendirinya.

Namun anda tidak boleh pastikan sama ada nyamuk yang menggigit itu membawa risiko penyakit berbahaya seperti demam denggi berdarah dan Malaria atau sebaliknya.

Langkah-langkah ini harap dapat membantu anda dan keluarga daripada jadi mangsa demam denggi pada musim hujan ini.

Lingkaran ubat nyamuk

Meskipun cukup efektif untuk mengusir nyamuk, asap dari lingkaran ubat nyamuk ternyata mengandungi beberapa zat beracun yang berpotensi menyebabkan gangguan kesihatan. Penggunaan ubat ini juga sebaiknya dijauhi jika terdapat bayi atau anak-anak dan penderita asma di rumah.

Penghalau nyamuk serangga topikal

Pengawet yang mengandungi DEET DEET (N, N-diethyl-m-toluamide), picaridin atau IR3535 bahan aktif berkesan untuk menghalau nyamuk. Produk ini dikatakan selamat untuk wanita dan ibu yang sedang menyusukan bayi.
Produk ini kurang daripada 10% DEET selamat untuk kanak-kanak dan bayi.

Semburan nyamuk

Ia boleh membunuh nyamuk yang merayau di rumah anda. Anda hanya perlu menggunakan spray nyamuk yang betul. Insektisida Aerosol direka bentuk secara berbeza untuk berasaskan minyak dan juga air. Pilih yang sesuai

Pasangkan jaring perangkap nyamuk

Cuba pasang jaring perangkap nyamuk di pagar rumah agar menyukarkan nyamuk masuk ke dalam rumah dan mengurangkan risiko kena penyakit denggi.

Lilin wangian esensial

Bak kata, 2 dalam 1,lilin yang mengandungi wangian atau minyak essensial juga boleh digunakan untuk menghalau nyamuk serta sebagai minyak wangi untuk mengharumkan rumah.
Aroma yang paling berkesan untuk menghalau nyamuk adalah Lavender.
Di samping itu, hindari aroma wangian yang mengandungi perisa bunga dan buah kerana ia akan menarik perhatian nyamuk dan serangga lain di rumah anda.

Taburkan racun jentik-jenti

Wajib! Taburkan racun jentik-jentik sebulan sekali untuk membunuh jentik-jentik terutama pada tempat-tempat air bertakung seperti kolah air, pasu-pasu dan tempat takungan air yang lain.

Raket elektrik

Raket elektrik anti-nyamuk juga adalah salah satu alat yang boleh digunakan untuk membasmi nyamuk tanpa menggunakan bahan kimia yang membahayakan. Tetapi anda kena berjaga-jaga untuk menjauhkan alat ini dari dicapai anak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.