Rawat kesan melecur dengan kulit ikan tilapia

Rawat kesan melecur dengan kulit ikan tilapia

Rawatan mengunakan kulit ikan tilapia menjadi pilihan ibu bapa kerana alternatif ini tidak menyakitkan dan dilihat lebih praktikal buat si kecil.

Apabila anak kecil ‘sibuk’ masuk dapur, ada risiko mereka terkena percikan minyak panas atau tersimbah air panas sehingga menyebabkan kulit mulus si kecil melecur.

Melalui perubatan terkini, rawatan kulit melecur bukan lagi ‘sakit’ seperti dahulu di mana bahagian tersebut dibalut dengan kain dan mengambil masa yang lama untuk sembuh.

Memetik laporan DailyMail, rawatan melecur boleh dibuat menggunakan kulit ikan tilapia yang dilihat lebih berkesan dan tidak menyakitkan berbanding penggunaan pembalut luka.

Penemuan terbaharu oleh sekumpulan saintis dari University Federal Caeara, Brazil mendedahkan rawatan menggunakan kulit ikan lebih berkesan terutamanya ke atas golongan muda.

Rawatan ini juga tidak memerlukan kos yang tinggi.

Kajian yang diketuai Felipe Rocha mendedahkan rawatan kulit ikan berkenaan menjadi pilihan ibu bapa kerana prosesnya tidak menyakitkan dan dilihat lebih praktikal.

Kulit ikan yang kaya dengan bahan pelembap dan kolagen yang hampir serupa dengan protein pada kulit manusia menjadukannya mudah ‘berinteraksi’ dengan sistem imun pesakit bagi menyegerakan proses pemulihan.

Bagaimanapun ada yang kurang selesa dengan kaedah perubatan moden itu ekoran bau hanyir yang sukar dihilangkan sepanjang menampal kulit ikan tersebut.

Menurut Rocha, kulit ikan boleh disimpan selama 2 tahun dalam keadaan sejuk dan pasukan perubatan akan menggunakan kulit itu berdasarkan saiz luka melecur.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.