Si dia merajuk lagi? Ini tips memujuk untuk anda

Si dia merajuk lagi? Ini tips memujuk untuk anda

Proses memujuk perlu kemahiran supaya pasangan tidak merajuk berpanjangan.

Bergaduh, mengamuk atau bertikam lidah adalah asam garam rumahtangga. Sedangkan lidah boleh tergigit inikan pula suami isteri.

Apa yang penting adalah proses memujuk pasangan selepas bertengkar supaya rajuknya tidak berpanjangan.

Ingat, rajuk yang panjang boleh jadi penyebab rumahtangga hilang bahagia.

Jangan pening, FMT Ohsem ada beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda untuk memujuk pasangan:

1) Biarkan pasangan bersendirian

Adakalanya kita perlu biarkan pasangan menyendiri untuk redakan hati yang ‘sakit’. jangan cari nahas dengan bertanya itu ini ketika keadaan masih ‘panas’ dan tegang.

2) Bertolak ansur

Mengalah tidak bermakna kalah. Cuba untuk tolak ansur, apa lagi dengan pasangan. Cuba cari jalan tengah supaya hubungan dengan pasangan tidak terjejas.

3) Jadi insan pemaaf

Tidak kisah siapa yang bersalah, suami atau isteri, salah seorang mesti merendah diri, bukan bermaksud merendah-rendahkan martabat tetapi sebagai langkah penyelesaian untuk perkara itu ‘selesai’ segera, dan tidak berpanjangan. Tidak salah rendahkan ego untuk orang yang tersayang.

4) Sentiasa memberikan sokongan

Walaupun anda tidak berkenan, cuba berbincang secara baik. Tidak salah jika pendapat si isteri diikuti suami, nama pun suami isteri mestilah bekerjasama.

5) Jangan tanya tentang perasaan

Ketika si dia tengah mengamuk janganlah sibuk mempersoalkan perasaannya dalam situasi ini. Ia akan mengganggu emosinya dan menyebabkan si dia lebih marah. Sebaliknya biarkan perasaan ‘sejuk’ dan barulah bertanya khabar.

6) Ingat tarikh penting

Ini merupakan perkara yang sering dipandang remeh oleh kaum lelaki tetapi penting buat wanita. Cuba ingat tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun kelahiran, perkahwinan dan sebagainya. Rancang kejutan supaya pasangan rasa lebih dihargai.

7) Hadiah

Hadiah adalah antara cara yang sangat berkesan dalam usaha memujuk tidak kira si suami atau si isteri. Tidak perlu mahal, kecil dan harga berpatutan sudah memadai sebagai tanda berdamai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.