Netizen persoal baju seragam sekolah ‘slim fit’ Wak Doyok

Netizen persoal baju seragam sekolah ‘slim fit’ Wak Doyok

Ramai yang mempersenda potongan baju itu sebagai bakal dikenakan hukuman di sekolah.

Artis atau individu terkenal seringkali menggunakan populariti mereka untuk terlibat dalam dunia perniagaan.

Sama juga dengan Wak Doyok tidak ketinggalan dalam menceburi pelbagai bidang perniagaan.

Terbaru, individu ‘insta famous’ itu tampil dengan iklan baju seragam sekolah menengah untuk pelajar lelaki yang diperagakan sendiri di laman sosial, Instagram.

Menurut beberapa bunting iklan yang digantung di sekitar Shah Alam, pakaian seragam tersebut dipercayai dijual di sebuah kedai kain di bandar raya tersebut.

Ia menggunakan fabrik Gred A dari Jepun dengan jaminan 100% Bumiputera.

Menariknya, baju tersebut diiklankan 2 minggu sebelum sekolah dibuka dan rekaan baju itu mendapat respon bercampur netizen.

Ada yang menganggapnya sebagai ‘fashionable’.

Gambar Twitter.

Ada juga yang mempersoalkan samaada potongan ketat atau ‘slim fit’ dibenarkan di sekolah.

Ramai juga yang mempersenda potongan baju itu sebagai bakal dikenakan hukuman di sekolah atau hanya sesuai untuk guru.

Apapun, ramai yang menyampaikan kekecewaan kerana sudah menghabiskan zaman sekolah dan tidak dapat merasa baju seragam Wak Doyok itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.