
Pengurangan itu akan mendorong permintaan minyak sawit lebih tinggi daripada pembeli minyak makan paling besar dunia dalam beberapa bulan ini sekali gus mengecilkan perbezaan antara minyak sayuran tropika itu dengan pesaingnnya seperti minyak soya dan minyak bunga matahari.
Duti ke atas minyak sawit mentah dikurangkan ke 40% daripada 44$%, sementara cukai ke atas minyak bertapis dikurangkan kepada 50% berbanding 55% sebelum ini, menurut kenyataan yang dikeluarkn semalam. Potongan itu akan berkuatkuasa hari ini.
Penghantaran minyak sawit bertapis Malaysia akan dikenakan cukai sebanyak 45% berbanding 54% sebelum ini, kata kerajaan dalam satu makluman berlainan.
Pada Mac 2018, India menaikkan cukai import ke atas minyak sawit mentah kepada 44% daripada 30% dan cukai ke atas minyak sawit bertapis kepada 54% daripada 40%.
Minyak sawit akan menjadi lebih kompetitif berikutan pengurangan duti itu dan akan mendorong import lebih tinggi bermula Jan ini, kata ketua eksekutif Sunvin Group, Sandeep Bajoria, pengimport minyak sayuran berpangkalan di Mumbai.
India mengimport minyak sawit terutamanya dari Indonesia dan Malaysia, dan minyak kacang soya dari Argentina dan Brazil. Ia juga membeli sedikit minyak bunga matahari dari Ukraine serta minyak canola dari Kanada.
Import minyak sawit negara itu jatuh 6.4% sejak tahun lepas kepada 8.7 juta tan pada tahun pemasaran 2017/2018 yang berakhir Okt lepas, menurut Persatuan Pemerah Solven (SEA), sebuah badan perdagangan di Mumbai.
Pengeluar utama minyak sawit, Indonesia dan Malaysia, meminta New Delhi mengurangkan cukai import, berikutan pertambahan inventori di kedua-dua negara itu kerana peningkatan pengeluaran.
Import minyak sawit India sepatutnya jatuh Dis tetapi akan meningkat bulan ini kerana sesetengah pengimport melengahkan penghantaran susulan jangkaan pemotongan cukai, kata B V Mehta, pengarah eksekutif SEA.
Perbezaan duti sebenar antara minyak sawit mentah dan bertapis susut kepada 5.5% daripada 11% bagi penghantaran dari Malaysia, yang akan meningkatkan import minyak sawit bertapis, kata Mehta.
“Ini akan memberi kesan buruk ke atas industri penapisan domestik dan menghentikan peluasan perladangan sawit di India,” katanya.
India mengimport 70% daripada penggunaan minyak makannya, meningkat 44% berbanding 2001/2002.
“Biasanya, Indonesia membekalkan sebahagian besar pasaran mintak sawit India. Pengurangan duti ini akan membolehkan Malaysia menambah sahamnya,” kata peniaga di Mumbai.