Apakah aplikasi berdating tidak membantu anda mencari pasangan hidup seperti yang diuar-uarkan?

Pada zaman sekarang ramai yang memilih untuk mengutamakan cita-cita dan kejayaan diri sendiri sebelum memikir soal kahwin. Selepas ambil keputusan mencari jodoh, aplikasi dating dianggap cara mudah mencapai pasangan hidup.
Namun, menurut seorang pakar cari jodoh dari Australia, Yvonne Allen, semua aplikasi dating hanya mengunakan konsep tarikan muka dan bukannya sifat sebenar calon dan ia ternyata tidak sesuai untuk sesebuah perhubungan jangka panjang.
Tarikan pertama dari wajah yang dilihat dalam aplikasi dating tidak akan berkekalan lama dalam percintaan lelaki dan wanita, katanya kepada Femail.
Apatah lagi, pendekatan ini dilihat tidak berfungsi untuk wanita yang berkerjaya kerana lelaki takut untuk mendekati mereka.
Akhirnya, beliau merumuskan, perkenalan secara tradisional sebagai kaedah yang jauh lebih baik untuk mencari pasangan hidup dan membawa sebuah perhubungan berkekalan lama.
Yvonne memberitahu, kebanyakan wanita masih mencari pasangan yang mempunyai kerja yang baik atau prospek kerja yang professional.
Mereka akan bertemu untuk berdating tetapi prosesnya mengambil masa terlalu lama bagi wanita dalam aplikasi dating.
“Pada era moden ini, berjuta-juta orang yang masih solo menggunakan aplikasi dating untuk melayari setiap laman web dengan harapan untuk bertemu dengan sesorang yang istimewa,” kata Yvonne.
“Sekeping gambar yang kita letak di ‘profile’ menjadi penarik untuk memulakan hubungan. Ia mendedahkan betapa serasi mereka ketika berkenalan. Di mana mereka selesa berkenalan sebagai kawan, berbincang mengenai zaman muda dan mula membincangkan mengenai tabiat hidup masing-masing.”
Tambah Yvonne, jika anda mencari sebuah perhubungan yang kekal lama dan bermakna, maka anda perlu berkenalan dengan calon tersebut secara lebih mendalam dan buat pilihan yang lebih bijak dalam aplikasi dating yang digunakan.
Yang paling penting ialah, seseorang itu perlu tahu apa yang benar-benar diperlukan ketika sedang bercinta dengan pasangan mereka.
Kebanyakan orang yang menggunakan aplikasi dating berkata, mereka menyesal bertemu dengan calon pasangan kerana rupa sebenar tidak sama malah jauh berbeza dengan asal.
Dalam konteks ini, Yvonne akui berkenalan secara tradisional sebagai kaedah terbaik mencari pasangan dan ia dilihat mempunyai kadar kejayaan yang tinggi dalam kalangan wanita.
Apapun, tekanan dan jangkaan masyarakat menghalang kita mengenali orang yang ada di depan mata.
Pada zaman sekarang, perhubungan dijelaskan secara fizikal misalnya dengan menyenarai rupa paras dan sifat pasangan yang dicari sehingga menjejaskan realiti kehidupan sebenar.