Bila capai usia 40, memang susah turunkan berat badan

Bila capai usia 40, memang susah turunkan berat badan

Ini 7 perkara anda yang berada di ambang usia 40an kena ikut!

Tahun baru, tahun 2019 juga menandakan anda seusia lebih tua. Bagi mereka yang memasuki siri ke-4, bersyukurlah kerana masih diberi peluang meneruskan hidup bersama keluarga tercinta. Tetapi dalam masa sama, anda juga diingatkan lebih berhati-hati dan utamakan kesihatan.

Ini adalah usia yang menyebabkan masalah kenaikan berat badan ekoran kadar metabolisme yang turun mendadak.

Jika selama ini anda tidak menghiraukan amalan pemakanan dan gaya hidup, maka ini adalah masanya untuk ubah.

Kami ada 7 cara yang boleh membantu mereka yang kini berada di ambang 40an untuk kembali ke bentuk badan ideal dan sihat.

1. Makan buah dan sayur

Setiap kali makan, ambil setengah pinggan buah dan sayur untuk setiap hidangan. Ia akan memberi banyak nutrisi dan kurang lemak serta kalori. Kurangkan lemak daging, produk tenusu atau gandum.

Buah-buahan yang segar seperti epal dan berries adalah yang terbaik untuk diambil kerana mengandungi kandungan gula yang terkawal.

2. Makan sarapan

Pakar memberitahu, jika selama ini anda tidak menghiraukan sarapan, jangan berbuat sama selapas capai usia 40an. Namun amalkan sarapan sihat seperti oat atau roti dan buah. Ia boleh membantu anda mengurangkan kelaparan dan mengawal pengambilan makanan pada waktu tengah hari.

3. Kurangkan makan pada waktu malam

Jika anda makan makanan berkalori tinggi untuk tengah hari, maka kurangkan makan malam anda. Jika tidak, ia akan menyukarkan anda mengurangkan berat badan.

4. Masak makanan sihat

Makanan yang mengandungi lemak dan kalori tinggi, perlu dielak. Jangan masak atau makan makanan bergoreng, mengandungi banyak mentega atau banyak minyak. Ingat, minyak adalah musuh utama anda pada usia 40an. Kehadiran minyak yang banyak menyukarkan anda hilang berat, sebaliknya makan makanan yang dibakar, dikukus atau direbus sahaja.

5. Jangan tambah

Apabila mencapai usia 40an, ketahuilah, tubuh anda akan menjadi kurang aktif. Pada waktu ini jangan isi pinggan anda dengan terlalu banyak makanan, lebih penting, jangan tambah makanan selepas hidangan pertama. Ini kerana anda kena kurangkan kalori makanan daripada kadar yang biasa diambil. Kecilkan pinggan dan kurangkan hidangan, jangan tambah!

6. Kurangkan gula

Ini juga usia krtikal untuk mendapat pelbagai jenis penyakit kronik. Bagi mereka yang mempunyai tabiat minum kopi atau teh, lupakan budaya minum ‘kaw’. Elak atau kurangkan terus gula, mana-mana minuman manis atau air bertenaga sebaliknya minum sahaja air suam.

7. Dapatkan tidur yang nyenyak

Apabila tidur terganggu pada usia 40 tahun ke atas, anda mungkin berdepan masalah tekanan dan stress. Bagi wanita, kekurangan tidur boleh memberi kesan negatif kepada menopause anda. Malah, kajian juga menunjukkan mereka yang mempunyai kualiti tidur yang baik mudah mengurangkan berat badan. Tidur secukupnya mengikut waktu agar berat badan anda juga terkawal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.