Seorang lelaki muda kini terlantar di hospital dalam keadaan lumpuh tubuh badan kerana terkena jangkitan buah pinggang selepas menjual organ tersebut demi memiliki sebuah telefon model iPhone 7 tahun lalu.

Menurut laporan akhbar China yang dipetik Oriental Daily, pemuda itu, Xiao Wang kini 24, berbuat demikian ketika berusia 17 tahun.
Memandangkan kegilaan iPhone sangat menebal dalam kalangan remaja dan mereka sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkannya, Xiao Wong juga antara yang tertarik walaupun keadaan keluarganya tidak membenarkan dia berbuat demikian.

Lelaki muda itu tidak teragak-agak menjual buah pinggannya di sebuah hospital yang mengendalikan pembedahan tersebut secara haram dan berjaya memperoleh RM13,000, lebih daripada cukup untuk memiliki model iPhone terbaru ketika itu.
Pada masa sama, Xiao Wong juga menghidapi jangkitan buah pinggang mungkin kesan daripada prosedur pembedahan yang tidak sempurna akhirnya jatuh sakit dan lumpuh.
Dia kini terlantar di atas katil sejak 5 tahun yang lalu.
Mujur, hospital tersebut membayar pampasan atas kecuaian mereka dan kini ibu bapa Xioa Wong terpaksa menjaga anaknya itu yang dikatakan sudah tidak dapat melakukan apa-apa bersendirian.
Semoga kisah Xiao Wong menjadi pengajaran untuk semua. Janganlah kerana mengejar nafsu duniawi kita leka mengabaikan kesihatan diri atau sanggup mengadaikan apa sahaja.
Lain kali fikirlah!