Apabila memilih makan di luar, kena pastikan poket pun tebal. Jika tak cukup duit memang masalah besar. Apatah lagi kalau tidak berduit.

Namun, bagi sepasang suami isteri ini, mereka lansung tidak kisah berpoket kosong, malah sanggup meningggalkan anak sebagai gadaian sementara mereka mencari duit selepas makan.
Menurut perkongsian dalam laman sosial, pasangan suami isteri ini tampil dalam persalinan alim dan warak meninggalkan kedai berkenaan selepas kenyang tanpa membayar bil.

Sebaik kenyang, pasangan berkenaan mengaku tidak mempunyai wang tunai dan mahu ke bank berdekatan untuk mengeluarkan wang bagi menjelaskan bil berkenaan.
Malah, pasangan terbabit juga menolak kaedah pembayaran menggunakan kad dan berkeras mahu mengeluarkan wang tunai di bank berhampiran.

Pekerja yang terpedaya selepas mempercayai dan menganggap pasangan suami itu ikhlas mencari bank untuk membayar bil tetapi hakikatnya ia hanya helah mereka.
Selepas beberapa jam menunggu, anak pasangan itu pula ‘ghaib’ menyebabkan kakitangan di kedai berkenaan terpaksa menangung kos makanan pasangan terbabit yang mencecah RM161 .

Ramai pekerja tampil berkongsi pernah berdepan dengan situasi yang sama dan ia dipercayai melibatkan pasangan yang sama.