
KOTA BHARU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian.
Keberangkatan tiba Sultan Muhammad V disambut Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Mufti Datuk Mohamad Shukri Mohamad, barisan exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Kira-kira 2,000 jemaah hadir menunaikan solat berkenaan yang diketuai imam, Abdul Bari Abdullah.
Sebaik selesai solat fardu itu, Sultan Muhammad V dan jemaah turut menunaikan solat hajat bagi memberkati pemerintahannya yang kini sudah kembali bertugas selepas beristirahat menjalani rawatan bermula 2 November sehingga 31 Disember tahun lalu.