Marah dikenakan bayaran, penduduk dipercayai bakar pondok parkir

Marah dikenakan bayaran, penduduk dipercayai bakar pondok parkir

Bayaran parkir tersebut dikenakan bermula pukul 8 pagi hingga 10 malam termasuk pada hari Ahad.

Mungkin ditujukan sebagai tanda protes, penduduk sebuah taman perumahan di Klebang, Melaka dipercayai membakar pondok parkir yang baru didirikan beberapa hari lalu.

Dalam laporan akhbar tempatan, pondok parkir itu dibakar sekitar pukul 2.20 pagi, pada 4 Januari.

Walaupun pihak polis masih belum dapat memutuskan motif dan dalang di sebalik perbuatan itu, ia dikatakan dilakukan sebagai tanda tidak puas hati penduduk ekoran penempatan pondok parkir bermula tahun ini oleh kerajaan negeri.

Terdahulu, pondok berkenaan dikatakan dibaling batu selepas pengutip parkir mengenakan bayaran RM1 untuk kenderaan yang diletakkan di kawasan tersebut.

Bayaran parkir tersebut dikenakan bermula pukul 8 pagi hingga 10 malam termasuk pada hari Ahad.

Bukan itu sahaja, penduduk juga akui tidak diberitahu mengenai bayaran parkir di kawasan itu dan dibuat secara tiba-tiba.

Perkongsian video itu juga menunjukkan netizen seolah menyokong pondok parkir dibakar kerana tidak selesa dikenakan bayaran.

https://www.facebook.com/syafique.carrera/videos/1035551796652308/

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.