
Pada zaman semakin moden ini, ramai berpendapat tiada salahnya jika wanita yang melahirkan perasaan cinta terlebih dahulu terhadap kaum Adam.
Namun disebabkan sifat ketimuran yang masih ada, ramai wanita memilih untuk menunggu si lelaki jadi yang pertama mengungkap cinta.
FMT Ohsem menyenaraikan sebab utama wanita tidak luah perkataan ‘ajaib’ tetapi lebih selesa menunggu lelaki yang meluahkan
1) Beri peluang kepada lelaki
Dalam fitrah kehidupan lelaki sifatnya mengejar justeru, wanita memberi peluang kepada lelaki untuk menunjukkan sisi ‘jantan’ anda.
2) Tutup rasa malu
Salah satu sebab wanita tidak menyatakan rasa cinta terlebih dahulu kerana bimbang lelaki tidak punya perasaan yang sama, justeru untuk tutup rasa malu lebih baik diam.
3) Mahu lelaki tetapkan keutamaan
Wanita selalunya mahu lelaki memilih yang terbaik dalam dirinya.Justeru wanita lebih rela lelaki mempersiapkan diri terlebih dahulu dari segi keyakinan dan kestabilan ekonomi sebelum menyatakan cinta. Keutamaan hal berkaitan diri perlu diberi fokus.
4) Mahu membuai perasaan
Tidak dinafikan wanita suka membuai perasaan berbanding lelaki yang berfikiran logik.
Wanita mahu merasa momen ‘terbang ke awan’ kala si dia yang menyatakan perasaan cintanya terlebih dahulu.
5) Beri peluang lupakan kekecewaan lama
Mana tau si lelaki masih lagi mengenangkan cinta lama yang begitu beri kesan kepada dirinya.
Jadi untuk tidak menambah luka wanita enggan menyatakan cinta terlebih dahulu. Biarkan lelaki itu benar-benar bersedia dari segi mental untuk bercinta.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]