Dr Mahathir berbasikal sekitar tasik Putrajaya tarik perhatian warga net

Dr Mahathir berbasikal sekitar tasik Putrajaya tarik perhatian warga net

Gaya hidup aktif Dr.Mahathir mengingatkan kita untuk terus bersenam dan aktif bersukan tanpa mengira usia mahupun kesibukan tugas.

Usia bukan lagi alasan untuk tidak aktif atau terlubat dalam aktiviti fizikal. Khususnya bagi rakyat Malaysia yang menjadi sebuah negara contoh apabila memilih pemimpin berusia 94 tahun untuk meneraju negara.

Jadi, tiada lagi alasan!

Terbaru, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat berbasikal di sekitar Putrajaya mengukuhkan keperluan kita turut sama aktif dan terus cergas seperti beliau sungguhpun dihimpit pelbagai tugasan.

Dalam kesibukan bergelar perdana menteri, kelibat Dr Mahathir memilih untuk mengayuh basikal keliling tasik Putrajaya pada waktu pagi dirakam dan diviralkan di media sosial dengan lebih 115,000 tontonan dan hampir 700 perkongsian.

Ditemani oleh ‘bodyguard’ dan para pegawainya, Dr.Mahathir yang berbaju sukan dengan kemeja-T merah, menaiki basikal tandem memulakan kayuhan pada jam 7 pagi dari Yayasan Kepimpinan Perdana selama sejam.

Beliau terus menjadi contoh kepada seluruh rakyat agar kekal aktif dan selalu bersenam demi mencapai kesihatan optimum.

https://www.facebook.com/kcdmalaysia/videos/228960828043968/?eid=ARCLRTx7yXV7GGY31F6ZrzixNlxsdBGIHNm8lQpgM6ei0lgtmjWRQwCIdd62Evah-OxYyL_WebGXXZMm

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.