Pokok ‘legend’ UPM tumbang

Pokok ‘legend’ UPM tumbang

Pokok tersebut dipercayai 'nazak' beberapa tahun kebelakangan ini sebelum akhirnya rebah akibat reput.

Kecoh dalam laman sosial dan kumpulan rangkaian Whatsapp mengenai sebuah pokok di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang membawa pelbagai kenangan kepada siswa-siswi, tumbang.

Mana-mana pelajar atau alumni UPM harus kenal pokok tunggal atas bukit yang selalu dijadikan latarbelakang gambar graduasi, atau pra-perkahwinan kerana lebaran dedahan yang sangat cantik.

Apa yang menarik mengenai pokok ini?

Dikenali dengan jolokan ‘tree of life’, pokok ikonik ini juga tempat ‘dating’ Farid Kamil dan Lisa Surihani dalam filem Lagenda Budak Setan.

Selain filem, pokok ini juga pernah digunakan sebagai latar belakang rakaman muzik video ‘Dipenjara Janji’ nyanyian Awie.

Lakaran gambar pokok ini turut diabadikan pada badan sebuah pesawat AirAsia pada 2017.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.