Tahukah anda lokasi ‘kolam biru’ di Kuala Lumpur? Ia juga dikenali dengan nama River of Life dan keunikan ini tersenarai dalam “Worlds 10 Best Waterfront District’ menurut World Of Buzz.

River of Life adalah pertemuan antara Sungai Klang dan Sungai Gombak yang terletak berhampiran masjid tertua di Kuala Lumpur, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad.
Ia mula menjadi tarikan sejak diperkenalkan kepada umum pada 2012.
Projek ini terdapat 3 peringkat, bermula dengan kerja-kerja pembersihan sungai, langkah kedua, mencantikkan sungai dan peringkat terakhir, mengkomersialkan sungai tersebut untuk tujuan pelancongan.
Kini, sepanjang sungai terdapat kafe, air pancut, laluan basikal dan yang paling mencuri perhatian adalah pertunjukkan lampu pada waktu malam yang mengubah air sungai menjadi biru.
Jika anda ingin melihat pemandangan yang cantik di sungai ini datanglah pada waktu malam kerana suasananya sangat menawan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]