Beg tangan bukan sahaja berguna untuk membawa barangan tetapi juga pelengkap gaya yang melambangkan personaliti seseorang.

Ambil kira faktor bentuk badan bila memilih tas baru. Jangan membeli mengikut kehendak dan keinginan kerana silap gaya penampilan anda tidak menonjol biarpun mengenakan beg tangan berjenama mewah dan mahal.
Pereka kasut perkahwinan terkenal, Christy Ng berkongsi tips supaya anda tidak lagi pening kepala bila memilih bentuk beg tangan yang sesuai dengan bentuk tubuh dan personaliti.
1. Kurus dan tinggi
Beg tangan jenis hobo iaitu pendek dan lebar paling sesuai. Cuba elakkan beli shoulder bag jenis bertali pendek kerana ini akan kelihatan lebih rendah dari ketinggian sebenar.
Jenis Tote sesuai dengan personaliti dan menyerlahkan penampilan manakala jenis genggam juga tidak akan mengecewakan anda.
2. Bertubuh kecil
Beg yang besar memang tidak sesuai untuk mereka bertubuh kecil kerana akan menutup bentuk badan anda.
Elakkan beg sandang di bahu dengan tali panjang kerana ia akan membuatkan anda nampak lebih rendah. Beg tangan dari jenis tote cukup sesuai untuk menampakkan keseimbangan tubuh.
3. Bertubuh besar
Jika anda berbadan besar sebaiknya cari beg yang bersegi dan besar.
Pastikan corak tidak terlalu kecil. Elakkan memilih beg tangan yang punya warna pelbagai. Sebaiknya, pilih beg jenis lembut atau berbentuk bulat.
4. Shape ‘A’ atau jenis pir
Jenis tali pendek sesuai untuk anda melindungi bahagian dada yang kecil dan memberikan keseimbangan terhadap keseluruhan bentuk tubuh. Kekalkan beg jenis sling kerana ia akan mengalihkan perhatian daripada bahagian pinggul lebih besar.
Jenis beg tangan
1. Structured/Ladylike
Bentuknya kukuh dan kekal walaupun tiada barang di dalamnya. Ia mempunyai tali kecil dan juga tali pilihan panjang yang mudah dicabut dan boleh digayakan di bahu. Sesuai untuk majlis formal dan ke pejabat.
Rekaannya sama seperti beg tote, cuma talinya lebih panjang sedikit dan badan begnya juga lebih lebar berbanding badan beg tote yang memanjang ke bawah.
Sesuai untuk wanita yang gemar bersantai dan menikmati hari minggu.
2. Hobo
Beg stail ini tidak berstruktur dan lembik dengan mempunyai satu tali yang biasanya disangkut pada bahu.
Hobo biasanya menjadi kegemaran wanita yang memiliki personaliti peka mirip tote, cuma dirinya lebih mementingkan stail.
Meskipun saiz adalah keutamaan untuk memuatkan segala macam keperluan harian anda, namun dalam masa yang sama, anda masih mahu kelihatan sempurna dan bergaya di mata orang. Barulah anda akan berasa puas!
3. Messenger
Biasanya bertali panjang dan boleh disandang atau dipakai silang pada badan. Sesuai digayakan ke pejabat atau untuk mengembara.
4. Satchel
Beg jenis kulit ini biasanya leper di bahagian bawah dan mempunyai dua tali pemegang. Sesuai digayakan pada majlis rasmi.
5. Tote
Tali pendek dan terbuka tanpa zip. Bersaiz besar kerana fungsinya membawa banyak barang. Boleh dipakai untuk bersantai, membeli-belah malah sesuai juga untuk ke pejabat.
Tote melambangkan wanita yang tangkas, memerlukan sejenis aksesori yang boleh dimuatkan banyak barang dalam satu-satu masa. Hidupnya sering dikerumuni banyak perkara sehingga tiada masa untuk dirinya sendiri. Mungkin beg jenis ini hanya digayakan orang sibuk sahaja kerana boleh memuatkan pelbagai barang dalam 1 masa dan juga sesuai dipanggil ‘beg Doraemon’.
6. Backpack
Beg sandang atau backpack lazimnya dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar sekolah. Mereka yang gemar menyandang backpack ini adalah seorang yang berjiwa muda, aktif, mementingkan keselesaan dan sentiasa bersifat ceria!
Beg sandang ini biasanya dihiasi corak mahupun perincian yang artistik biasanya melambangkan perasaan anda yang tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru di dalam hidup.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Hantarkan kepada kami di [email protected]