Betul, betul, betul! Upin Ipin akan kembali di pawagam

Betul, betul, betul! Upin Ipin akan kembali di pawagam

Selain Upin Ipin, filem animasi Ejen Ali juga akan ditayangkan di layar perak Disember ini.

Tahun 2019 akan menyaksikan 3 ‘hero’ animasi terkenal di Malaysia masuk panggung.

Selepas Geng: Pengembaraan Bermula, pasangan kembar kesukaan ramai, Upin dan Ipin akan kembali dengan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal.

Naskah terbaru terbitan Les Copaque ini akan ditayangkan bermula Mac.

Filem ini mengisahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama rakan-rakan ke sebuah kerajaan dongeng bernama “Inderaloka”. Semasa pengembaraan ini mereka akan berjumpa dengan pelbagai watak dongeng seperti Bawang Merah Bawang Putih, Mat Jenin, dan Pak Belalang.

Menurut penerbit filem tersebut, Burhanuddin Mohd Radzi, pihaknya cuba menampilkan kelainan dengan mengetengahkan kisah-kisah rakyat menerusi Keris Siamang Tunggal.

“Jika filem antarabangsa boleh mengangkat kisah dongeng mereka, mengapa kita tidak boleh lakukannya untuk memberi pendedahan pada generasi akan datang,” katanya semasa sidang media Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal yang diadakan di Golden Screen Cinema Mid Valley.

Selain itu, Disember tahun ini akan menyaksikan Ejen Ali melangkah ke layar perak. Siri animasi Ejen Ali yang mula bersiaran pada 2016 punya ramai pengikut setia yang membolehkan ia terus bertahan selama 2 musim.

Ejen Ali The Movie dihasilkan oleh Animasi WAU dan diedarkan oleh Primeworks Studios.

Walaupun Ejen Ali masih muda dan tidak mempunyai kuasa, beliau menggunakan otak dan pelbagai alat canggih seperti Batman ketika beraksi.

Jangan lupa temujanji anda bersama ‘hero-hero’ ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.