Canggih dan efektif! Demikian keadaan sebuah sekolah di Johor yang menggunakan imbasan cap jari bagi memantau kehadiran pelajar ke sekolah.

Ini dilihat sebagai alternatif berkesan bagi mencatit kehadiran pelajar sekaligus memudahkan ibu bapa menerima laporan kehadiran anak-anak ke sekolah.
Buat masa ini, sistem itu diaplikasikan oleh SMK Bandar Tenggara di mana pelajar hanya dikehendaki mengimbas jari di terminal khas sistem biometrik.
https://www.facebook.com/7edition/videos/740127719702897/
Nampaknya, selepas ini pelajar tidak bolehlah nak menipu, ponteng atau ‘angkat tangan’ untuk kawan.
Menurut pengetua sekolah, Noraini Mohd Nor, teknologi itu banyak membantu meringankan tugas guru kerana tidak perlu lagi membuang masa mengambil kehadiran secara manual.

Ibu bapa turut teruja dengan penggunaan sistem tersebut kerana memudahkan mereka menyemak kehadiran anak. Ibu bapa hanya perlu merujuk kepada aplikasi kehadiran khas.
Bagaimanapun, bagi menampung kos penggunaan sistem imbasan tersebut, pihak sekolah menetapkan yuran khas kepada pelajar sebanyak RM15 setahun untuk satu keluarga.