Cuti bersalin 6 bulan! Pendekatan holistik CIMB terima pujian

Cuti bersalin 6 bulan! Pendekatan holistik CIMB terima pujian

Kakitangan CIMB juga boleh melanjutkan cuti selama 6 bulan tanpa gaji bagi membolehkan ibu menjaga anak pertama sehingga usia setahun.

Untunglah kakitangan CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) yang menjadi ibu bapa buat pertama kali!

Itu ungkapan yang membanjiri laman sosial selepas syarikat perbankan itu mengumumkan faedah cuti bersalin selama 6 bulan dengan gaji bagi kakitangan yang pertama kali bergelar ibu.

Ia berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.

Bagi kakitangan lelaki yang pertama kali menjadi bapa juga diberikan cuti sebulan. Best kan?

Walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, keputusan CIMB mengambil pendekatan holistik bagi mengurus modal insan mendapat pujian dari netizen.

Selain dari cuti bergaji, kakitangan CIMB juga boleh melanjutkan cuti selama 6 bulan tanpa gaji bagi membolehkan ibu menjaga anak pertama sehingga usia setahun.

Tempoh cuti berkenaan pula boleh diambil bermula 30 hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.

Malah, ia juga memberi kelonggaran kepada kakitangan yang mempunyai anak berusia kurang 5 tahun atau berkeperluan khas untuk bekerja dari rumah sehari dalam seminggu.

Memetik laporan akhbar tempatan, Ketua Pegawai Kakitangan Kumpulan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin berkata pengurusan bank tersebut dibuat demi memupuk budaya keibubapaan tanpa perlu meninggalkan kerjaya sedia ada.

“Malah, kami juga meneroka kemungkinan melanjutkan manfaat ini kepada semua kakitangan di seluruh kumpulan,” katanya.

Kalau ada peluang, cubalah minta kerja di CIMB ataupun bisik-bisiklah pada majikan anda untuk insentif sama!

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.