Najib mohon gugur Sri Ram sebagai pendakwa raya kes 1MDB

Najib mohon gugur Sri Ram sebagai pendakwa raya kes 1MDB

Tarikh pendengaran permohonan menggugurkan Gopal Sri Ram sebagai pendakwa raya itu ditetapkan pada 8 Feb.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 8 Februari bagi pendengaran permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan pendakwa fiat Datuk Seri Gopal Sri Ram bagi mengetuai kes 1MDB.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh itu selepas sebutan semula permohonan tersebut, hari ini.

Dalam pendengaran sebelum ini, mahkamah diberitahu, pengguguran itu disebabkan lantikan Sri Ram bersifat kepentingan politik.

Mahkamah Tinggi Persekutuan melantik Sri Ram sebagai pendakwa raya bagi mengetuai kes yang melibatkan skandal rasuah 1MDB.

Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi pendengaran permohonan pindahan kes melibatkan pertuduhan rasuah projek solar hibrid di Sarawak.

Hari ini, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sekitar jam 8.30 pagi. Turut sama, bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pada 20 September lalu, Najib didakwa atas 25 pertuduhan terdiri daripada 4 tuduhan salah guna kedudukan membabitkan rasuah dan 21 kegiatan pengubahan wang haram membabitkan nilai kira-kira RM2.3 bilion.

Sementara itu, Rosmah memohon kes pertuduhan rasuah berhubung projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Najib Razak dan isteri beredar dari Tingkat 4, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Permohonan tersebut dibacakan di depan hakim yang sama dan sebutan semula ditetapkan pada 24 Januari ini.

Peguam mewakili beliau, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, pihaknya memerlukan masa untuk menetiliti permohonan kes itu kerana dokumen lengkap yang berkaitan baru diterima.

Sebelum ini, Rosmah mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan selepas dibacakan di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Azman Ahmad.

Beliau didakwa meminta suapan berjumlah RM187,500,000 iaitu 15% daripada nilai kontrak daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.