Sumber gambar: Facebook Royal Guest House Kota Bharu

Fortune Pot atau Peng Chai mungkin lebih terkenal dikalangan masyarakat Cina di Pantai Barat. Hidangan sup pekat dengan gabungan pelbagai jenis makanan laut, abalon, ayam, itik panggang dan sayuran ini biasanya dinikmati bersama keluarga ketika makan besar atau ‘reunion dinner’.

Kini, masyarakat Cina di Pantai Timur berpeluang untuk merasai hidangan tersebut.

Sempena perayaan Tahun Baru Cina, Hotel Royal Guest House (RGH) yang terletak di Kota Bharu menawarkan hidangan ‘Fortune Pot’ atau ‘Peng Chai’ halal supaya menu ini dapat dinikmati segenap bangsa.

Sumber gambar: Facebook Royal Guest House Kota Bharu

“Secara simboliknya, hidangan sempena ‘makan besar’ ini adalah gabungan semua bahan yang dipilih dalam satu bekas dan dimakan bersama di hari perayaan untuk mengeratkan hubungan serta menambah kemakmuran,”ujar Lim Hock Guan selaku ketua chef.

Sumber gambar: Facebook Royal Guest House Kota Bharu

Katanya, bagi kaum Cina hidangan ‘Fortune Pot’ adalah hidangan yang mahal dan biasanya mencecah RM20,000.

Namun, Peng Chai di RGH diperkenalkan dengan harga berpatutan. Menggabungkan 15 bahan berkualiti tinggi, RGH menawarkan hidangan ini pada harga RM438 dan boleh dinikmati lebih 10 orang.