Kota Mekah dan Masjidil Haram diserang jutaan cengkerik sekaligus meletakkan jemaah umrah dan pengunjung dalam keadaan kurang selesa.

Pelbagai persoalan dan spekulasi timbul mengenai fenomena pelik itu, lebih-lebih lagi bila ramai pengguna media sosial berkongsi imej serangga yang dilihat memenuhi sekolah,kedai-kedai dan juga melekat pada jubah yang dipakai seharian.
Menurut mereka, kehadiran jutaan cengkerik ini turut mengganggu kehidupan harian.
Orang ramai, khususnya warga net bingung dan mula tampil dengan pelbagai spekulasi yang mengaitkan kejadian ini sebagai ‘petanda’ dan aneh.

Dr Jacky Judas, pengurus dan penasihat saintifik biodiversiti daratan di World Wildlife Fund (WWF) berkata, ini merupakan kali pertama beliau menyaksikan fenomena sedemikian.
“Ini mungkin disebabkan penghijrahan kumpulan besar yang berjaya melepaskan diri dari satu kawasan tertutup, atau mungkin terdapat keadaan tertentu yang menyebabkan ia membiak dengan banyak,” kata Judas.
Pihak berkuasa dalam satu kenyataan memaklumkan mereka sudah melantik satu pasukan pembersihan khas untuk menangani masalah berkenaan.
Bagaimanapun, sebuah agensi berita tempatan melapor, ia bukan satu kejadian baru di Arab Saudi memandangkan sebelum ini juga negara itu pernah berdepan masalah serangan serangga termasuk belalang.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]