Beruntung! Itu mungkin perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan betapa bertuahnya puteri tunggal jutawan kosmetik Datuk Seri Vida, Cik B bila dihadiahkan sepasang kasut dan buku nota jenama LV.

Bukan calang-calang jenama, kosnya juga mencecah hampir RM10,000.00!
Itu tanda kasih ibu pada anak dan kebetulan berkemampuan.
Vida sebelum ini memuat naik video beliau ‘shopping’ sakan di butik LV diikuti video ke sekolah Cik B untuk melakukan ‘surprise’ di laman Instagram.
https://www.instagram.com/p/BsZyhm-geD2/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1fgc5q5qtqzy1
Vida atau nama sebenarnya Nur Hasmizah Othman berkata, pemberian kasut dan buku nota berjenama tersebut adalah sebagai penghargaan kepada puteri tunggalnya kerana mahu ke sekolah.
Sebelum ini, Cik B atau nama penuhnya Nur Edlynn Zamileen mendapatkan pendidikan secara ‘home school’ namun tahun ini dia ‘berubah hati’ dan mahu kembali bersekolah.
“Saya tidak kisah untuk berbelanja demi Cik B asalkan dia mahu ke sekolah. Ada 2 pilihan kasut yang berharga RM5,500 dan 1 lagi RM3,300 yang sesuai untuknya.
“Semalam saya hanya membeli sepasang dahulu dan yakin kasut tersebut lebih selesa dan sesuai untuk Cik B,”ujarnya ketika dihubungi FMT Ohsem.
Buku nota dengan cover yang mempunyai parap nama CiK B pula bernilai RM3,200.
“Tulisan Cik B sangat cantik jadi saya rasa ‘tidak sayang’ untuk habiskan duit membeli buku nota eksklusif tersebut,”ujarnya. Beliau yakin Cik B mampu menjaga buku tersebut dengan baik.
https://www.instagram.com/p/BsaGIiogNdv/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1h2ihdmpeb31p
Sementara itu, Cik B pula mengakui tidak terkejut dengan pemberian hadiah tersebut kerana telah ‘memeriksa’ Instagram ibu yang sedang memilih kasut di butik mewah tersebut.
Video berkenaan turut ditonton 261, 211 pengikut di laman sosialnya dan mendapat pelbagai respon.
Ada antara pengikutnya menyifatkan Cik B seorang yang bertuah kerana mampu menggayakan kasut berjenama walaupun hanya digunakan untuk kesekolah. Sementara ada yang tidak bersetuju dengan cara Vida memberi kemewahan kepada puteri tunggal.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]