Pengotor! Pekerja restoran letak sudu ‘bersih’ atas jalan

Pengotor! Pekerja restoran letak sudu ‘bersih’ atas jalan

Dalam gambar yang dimuat naik, kelihatan seorang pekerja membilas sudu yang dibasuh lalu meletakkannya di atas permukaan jalan di belakang kedai.

Tak habis-habis! Baru senyap isu basuh pinggan dalam lopak air, timbul pula isu letak sudu atas jalan.

Viral di media sosial sekeping gambar menunjukkan pekerja di sebuah restoran mamak di Shah Alam membasuh sudu dan garpu dan meletakannya di atas jalan.

Gambar itu dikongsikan oleh pengguna Facebook, Norzieka Faisal yang mengakui terkejut melihat perbuatan pekerja di restoran kegemaran ramai di Shah Alam itu.

Yang pasti, mereka nampaknya langsung tidak mengutamakan kebersihan dan sambil lewa dalam urusan pembersihan.

Pekerja lelaki tersebut dilihat bercangkung di atas jalan sambil membilas sudu yang telah dibasuh sebelum meletakkannya di atas jalan dipercayai di belakang kedai berkenaan. Basuh, bilas, letak atas jalan!

Norzieka juga berkata, dia pernah beberapa kali mengunjungi kedai tersebut kerana berhampiran dengan kawasan kediamannya.

Perkongsian gambar wanita berkenaan itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang turut berkongsi pengalaman ‘buruk’ mereka di restoran yang terletak berhampiran dengan sebuah universiti tempatan.

Semoga pemilik restoran lebih berhati-hati dan awasi cara pekerja mereka mengendalikan kerja pembersihan memandangkan ia melibatkan kesihatan pelanggan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.