
Pemilik restoran yang menjadi viral berikutan tindakan pekerja yang membasuh sudu di atas jalan di belakang premisnya petang tadi tampil ‘membetulkan’ persepsi masyarakat terhadap restorannya.
Memetik laporan akhbar tempatan, Pengerusi Khulafa Sdn. Bhd, Datuk Abdul Wahith Sharfuddin berkata, apa yang berlaku hanya salah faham.
“Apa yang berlaku itu bukan seperti disangka, pekerja terbabit sebenarnya hendak membuang sudu dan beberapa perkakas lain seperti periuk, pinggan yang tidak elok,” ujarnya.
Kejadian tersebut menjadi viral di media sosial apabila sekeping gambar menunjukkan pekerja di sebuah restoran mamak di Shah Alam membasuh sudu dan meletakannya di atas jalan.
Gambar itu dikongsikan oleh pengguna Facebook Norzieka Faisal yang mengakui terkejut melihat perbuatan pekerja di restoran kegemaran ramai di Shah Alam itu.
Beliau sendiri, hanya mengetahui berita itu viral 3 jam kemudian setelah dimaklumkan pelanggannya.
Abdul Wahith menjalankan perniagaan sejak 38 tahun dan kini mempunyai 8 cawangan sekitar daerah ini, Klang dan Subang Jaya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]