Sekolah robotik terkenal Jepun dibuka di Singapura

Sekolah robotik terkenal Jepun dibuka di Singapura

Ia menyediakan pengetahuan asas dalam pengaturcaraan komputer melalui pengeluaran robot.

KUALA LUMPUR: Human Holdings Co Ltd, pengendali sekolah robotik antara yang terbesar di Jepun, membuka “sekolah robot” pertamanya di Asia Tenggara.

Komaba Robot School, yang dibuka pada Disember lepas, terletak di Tanglin Shopping Centre, Singapura.

Dalam kenyataan di sini, Human Holdings yang berpangkalan di Shinjuku, Tokyo, berkata sukatan pelajaran sekolah itu disediakan oleh Human Academy Co Ltd di bawah pengawasan pengasas Robo-Garage, Tomotaka Takahashi.

Ia menyediakan pengetahuan asas dalam pengaturcaraan komputer melalui pengeluaran robot.

Sejak pemegang lesen pertama dibuka pada 2009, lebih 22,000 kanak-kanak belajar di kira-kira 1,300 sekolah robot.

Pada November 2018, syarikat itu menerima “Anugerah Kepuasan Pelanggan Terbaik” Jepun dalam bidang pendidikan bidang pengaturcaraan.

Human Academy menubuhkan sekolah di Taiwan serta China sejak 2016 dan pengembangannya begitu pantas dengan lebih banyak pemegang lesen merancang untuk memulakan sekolah di Thailand dan Vietnam.

Dua lagi pemegang lesen akan membuka sekolah di Singapura, menjadikan jumlah itu kepada 3.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.