Tahukah anda pakaian dalam lebih kotor dari mangkuk tandas?

Tahukah anda pakaian dalam lebih kotor dari mangkuk tandas?

Terdapat banyak barangan yang selalu 'bersama' anda sebenarnya mempunyai bilangan kuman dan bakteria yang lebih banyak dari tandas awam.

Kita sering beranggapan bahawa mangkuk tandas dan tandas keseluruhannya adalah tempat yang kotor dan penuh kuman.

Sedarkah kita bahawa terdapat banyak lagi kawasan dan barangan yang sebenarnya lebih kotor dari mangkuk tandas?

Fakta yang perlu kita ingat, kebanyakkan barangan yang kita pegang atau pakai setiap hari tidaklah sebersih yang kita sangka.

FMT Ohsem senaraikan di bawah antara barangan peribadi yang sebenarnya sangat kotor:

Telefon pintar

Mengikut kajian pada 2018, telefon bimbit yang digunakan mempunyai 18 kali ganda kuman dan bakteria berbanding tempat duduk tandas.

Papan pemotong

Dapatan kajian dari Universiti Arizona menunjukkan bahawa papan pemotong di rumah mengandungi 200 kali ganda kuman berbanding tandas.

Pakaian dalam

Pakaiaan dalam yang dipakai mengandungi lebih kurang 100 juta bakteria E.coli, bakteria penyebab cirit birit.

Permaidani

Kira-kira 200,000 bakteria hidup dalam setiap inci permaidani anda. Jumlah itu adalah hampir 700 kali ganda berbanding tempat duduk tandas. Bakteria yang biasa ditemui pada permaidani termasuk E.coli, staphylococcus dan salmonella.

Papan kekunci komputer

Setiap hari anda menggunakan komputer di tempat kerja, adakalanya sambil menikmati makanan. Jika di bandingkan dengan mangkuk tandas, papan kekunci komputer anda ada 5 kali ganda lebih banyak bakteria dan kuman!

Beg tangan

Beg tangan digunakan setiap hari oleh semua orang dan ia sering dibawa kemana sahaja termasuk tandas menyebabkan aksesori kesayangan anda ini menjadi rumah baru bakteria.

Wang/duit

Pesuruhjaya Kajian Kesihatan mendapati terdapat 135,000 jumlah bakteria daripada satu wang kertas, jadi basuh tangan dengan bersih setelah mengendalikan wang yang banyak.

Span basuh pinggan

Rekahan dalam span membuatkan bakteria dan kuman sangat susah untuk disingkirkan. Pengguna span secara umumnya hanya memindahkan bakteria dari satu tempat ke tempat lain.

Alat kawalan jauh

SARS, MRSA dan VRE antara bakteria yang mudah dipindahkan melalui alat kawalan jauh televisyen, terutamanya dalam bilik hotel.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.