
Bercakap kepada acara Pembukaan Tahun Undang-undang di sini, Tommy berkata, pejabatnya tidak akan menerima arahan daripada kerajaan yang memerintah dengan menyebut, kerajaan Barisan Nasional sebelum ini dihukum oleh pengundi dalam pilihan raya umum Mei tahun lepas kerana ia menganggap dirinya mengatasi undang-undang.
“Dwistandard yang diamalkan dalam penguatkuasaan undang-undang telah menghakis keyakinan awam terhadap institusi perundangan kita,” katanya.
Beliau berkata, badan kehakiman negara tercemar berikutan campur tangan selama 3 dekad, dengan merujuk kepada krisis kehakiman pada 1988.
“Perlu dijelaskan bahawa bermula sekarang kerajaan baru tidak akan bertolak ansur terhadap campur tangan atau halangan terhadap pelaksanaan undang-undang. Seluruh kekuatan undang-undang akan dikenakan ke atas pesalah laku.”
LAGI MENYUSUL