MB Johor tegas tidak ceroboh perairan Singapura

MB Johor tegas tidak ceroboh perairan Singapura

Lawatan bertujuan melihat anggota Jabatan Laut menjalankan tugas di atas kapal MV Pedoman di perairan Malaysia-Singapura.

MB Johor, Osman Sapian berkata, beliau tiada niat melakukan provokasi atau menceroboh negara jiran. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian sekali lagi menegaskan beliau tidak menceroboh kawasan perairan Singapura yang didakwa milik republik itu, Rabu lepas, sebaliknya mahu melihat anggota Jabatan Laut menjalankan tugas.

Beliau berkata, lawatan untuk meilhat anggota dan pegawai Jabatan Laut yang bertugas di atas kapal MV Pedoman, kapal induk jabatan itu di kawasan sempadan perairan Malaysia-Singapura itu, bukan bertujuan melakukan provokasi malah ia diketahui oleh Wisma Putra.

“Saya tiada niat melakukan provokasi ke atas negara jiran. Kita tiada niat untuk menceroboh. Kita boleh tunjuk pelan,” katanya kepada pemberita selepas majlis menyalakan tanglung sempena Tahun Baharu Cina, di Taman Impian Emas, di sini malam tadi.

Susulan dakwaan tersebut, Singapura menangguhkan mesyuarat Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) yang dijadual Isnin dan Selasa ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.