Geram bila adik asyik kena buli, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun mencipta sistem notifikasi anti-buli.

Hasilnya itu turut memenangi anugerah International Stem Olympiad 2018 (Gold Award dan Best Performance Award) dan Smart Selangor Young Innovator for Primary School (Gold Award dan Diamond Award) pada tahun lalu.

Murid dari Sekolah Rendah Islam Hira’ Klang, Umar Wafi Zulkafri, mencipta sistem notifikasi selepas adiknya, Iman Hasya, 8, selalu merungut dan menangis dibuli rakan sekolah.

Menurut laporan akhbar tempatan, hasil ciptaan Umar membolehkan para guru mendapat notifikasi mengenai kejadian buli di bilik guru dan telefon bimbit.

Sisten tersebut turut berkongsi lokasi kejadian buli dan dipasang di seluruh sekolah tersebut dan memudahkan guru bertindak segera.

Menariknya notifikasi itu berbentuk 2 butang suis, satu untuk buli secara lisan dan satu lagi buli secara fizikal.

Menurut gurunya, Penyelaras Program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Muhammad Fadhil Mahmud Fakri, buat masa ini, 2 kelas memasang sistem tersebut.

Sekolah itu merancang untuk memiliki lebih banyak sistem notifikasi sebaik memiliki dana iaitu sekurang-kurangnya RM1,500 bagi 40 lokasi.

Umar juga mahu memperbaiki ciptaannya dengan memasang kamera litar (CCTV) pada masa hadapan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]