Tahun baru ini ternyata benar-benar ‘ong’ bagi seorang pelukis seni graffiti tempatan apabila lukisannya itu dipilih sebagai cover single penyanyi terkenal, Chris Brown.

Katun atau nama sebenarnya, Abdul Hafiz Ab. Rahman menerusi laman sosial instagramnya miliknya mendedahkan peluang berkolabrasi dengan Chris Brown bagi single terbaharu oenyanyi itu, Undecided.
“Saya mulakan 2019 dengan karya kolabrasi untuk single terbaharu Chris Brown, Undecided,” tulis Katun dalam muatnaiknya.
“Saya sedang makan dengan rakan-rakan saya apabila saya menerima e-mel daripada pengarah kreatif Chris Brown.

“Ia, satu kejutan yang tidak dijangka, saya juga tertanya-tanya jika ia adalah sah. Saya masih tidak percaya bahawa saya mendapat peluang untuk melakukan karya seni untuk single Chris Brown!,” kata Katun kepada The Star Online.

“Saya diberikan 100% kebebasan untuk mencipta karya seni itu. Pada asasnya, saya diberitahu Chris Brown mahu ‘sesuatu yang misteri, sesuatu yang menonjol’, jadi saya menghantar beberapa lakaran yang boleh mereka pilih. Dia memilih karya seni yang memaparkan seorang kanak-kanak bersama ‘fortune guardian’.”
Undecided dilancarkan pada 4 Januari lalu dan disenaraikan sebagai single pertama Chris untuk album keempatnya, Indigo.
Katun seorang pelukis seni graffiti terkenal Malaysia popular dengan pelbagai rekaan untuk jenama komersil dan mural berskala besar.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]