Fenomena pelik, labah-labah ‘serang’ ruang udara Brazil

Fenomena pelik, labah-labah ‘serang’ ruang udara Brazil

Keadaan itu menyebabkan penduduk Brazil menamakannya situasiu itu sebagai 'hujan labah-labah'.

Jika sebelum ini viral berita mengenai cengkerik yang melanda di Tanah Suci Mekah kini fenomena pelik itu beralih ke Brazil pula apabila ruang udara di Minas Gerias, kawasan timur Brazil di penuhi dengan ribuan labah –labah.

Memetik laporan The Guardian, fenomena yang jarang melanda itu membuatkan orang ramai tampil berkongsi kejadian tersebut sehingga menjadi viral di media sosial. Ia turut membawa pelbagai andaian daripada warga net yang rata-rata bimbang dengan kejadian itu.

Video viral yang dirakam oleh penduduk Brazil, Joao Pedro Martinelli Fonseca ketika dalam perjalanan ke Espirito Santo do Dourado dengan kapsyen:

“Ini fenomena yang menakutkan, jarang berlaku di kawasan kami”.

Keadaan itu menyebabkan penduduk Brazil menamakan fenomena itu sebagai hujan labah-labah.

Sementara itu, pakar menyifatkan kejadian luar biasa itu berlaku disebabkan peningkatan suhu kering yang mendadak di kawasan berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.