
Mungkin ramai yang tidak tahu kewujudan pasukan bola sepak yang diwakili mereka yang pekak dan bisu, tetapi merekalah yang bakal menggegarkan negara di arena antarabangsa selepas dipilih ke Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Orang Pekak 2020 di Korea Selatan.
Kelayakan pertama kali bagi skuad bola sepak Malaysia Deaf Tigers (MDT) ini pastinya bakal melakar sejarah yang besar kepada negara.
Ketua skuad, Razilawali A Wahab dan pasukannya berbangga dengan kemajuan MDT yang tidak pernah diberi harapan kini akan beraksi dalam kelompok pasukan terbaik dunia.
“Lebih manis saya berjaya menghasilkan 5 gol dan berjaya mencatat keputusan 2-2 ketika bertemu tuan rumah yang juga juara kejohanan,” kata Razilawali seperti yang dipetik Harian Metro.
Seperti pasukan bola yang lain, sememangnya bukan mudah membentuk MDT yang diuji dengan pelbagai cabaran termasuk ketandusan pemain dan jurulatih berkualiti.
Malah pasukan yang mempunyai hanya 4 pemain boleh bercakap dan mendengar hampir sama seperti orang biasa dan selebihnya pekak dan bisu 100%, kurang mendapat perhatian pihak bertanggungjawab.
Mungkin sudah tiba masanya untuk memberi pengiktirafan dan tumpuan yang sepatutnya kepada pasukan ini.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]