Telur ayam saingi populariti Kylie Jenner di Instagram

Telur ayam saingi populariti Kylie Jenner di Instagram

Sejak dibuka pada 5 Januari, akaun world_record_egg sudah menerima 2 juta pengikut dan satu-satunya gambar yang dimuat naik, iaitu sebiji telur, menerima lebih 21 juta tanda suka.

Platform laman sosial dikejutkan dengan berita sebiji telur dalam usaha mengalahkan selebriti dunia, Kylie Jenner dalam persaingan pengikut paling banyak di laman Instagram.

Kylie Jenner mempunyai 18 juta pengikut sekali gus memegang rekod ‘follower’ paling tinggi dalam laman Instagram tetapi bagi memecah tradisi persaingan, sebiji telur pula yang diletakkan dalam ‘pertandingan’ itu.

Tidak diketahui siapa pemilik sebenar akaun world_record_egg tetapi sejak ia dibuka pada 5 Januari, ia sudah menerima 2 juta pengikut dan satu-satunya gambar yang dimuat naik, iaitu sebiji telur, menerima lebih 21 juta tanda suka.

Nampaknya bukan hanya selebriti yang mendapat banyak ‘like’ di laman sosial tetapi sebiji telur mempunyai kuasa setanding bintang pujaan antarabangsa.

Netizen di seluruh dunia dikatakan menyokong ‘akaun telur’ tersebut untuk menetapkan rekod pengikut terbanyak yang baru.

Nampak gaya ‘telur’ ini bakal menang mudah tetapi yang menjadi pertanyaan sekarang ialah pemilik di sebalik akaun misteri ini.

Apakah anda sudah ‘follow’ akaun ini?

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.