Badan anda berbau? Ini sebabnya

Badan anda berbau? Ini sebabnya

Makan makanan berempah selalunya menjadi punca badan berbau malah dari jauh lagi.

Dari jauh lagi anda sudah dapat menghidu bau badan seseorang . Apabila ia berlaku di ruang tertutup seperti kenderaan awam, lif, ruang menunggu atau kedai makan berhawa dingin, ia pasti menaikkan rasa mual dan tidak selesa.

Tetapi tahukah anda, terdapat beberapa cara untuk menghilangkan bau badan yang selama ini mengganggu ataupun menjatuhkan keyakinan anda untuk berdampingan dengan orang.

Okay, tak mengapa, mari kita lihat punca badan berbau dan penyelesaiannya.

Rempah makanan

Rempah mengandungi gas sulfur akan menyebabkan bau badan selepas makan makanan tersebut. Makanan yang menggunakan bawang putih, serbuk kari atau rempah ratus yang lain akan menyebabkan tubuh berbau, kata Marie Jhin, ahli dermatologi dari San Fransisco dan penulis rahsia kecantikan Asia.

Tambahnya, gas sulfur yang berbau akan dilepaskan menerusi pori-pori kulit. Bagi mengelakkan bau badan, anda perlu mengatur masa makan. Jangan makan makanan berempah sebelum mesyuarat penting pada tarikh tersebut.

Minum banyak air selepas makan makanan berempah dan sapukan deodorant.

Stress tinggi

Apa yang menyebabkan bau badan adalah aktiviti fizikal, tekanan dan masalah berkaitan stress. Ini kerana anda akan berpeluh ketika stress secara semula jadi dan semakin tinggi tekanan semakin banyak peluh yang keluar. Bagaimanapun, peluh yang keluar sebenarnya tidak berbau sehinggalah ia bercampur dengan bakteria pada kulit anda.

Anda disarankan membasuh pakaian secara kerap bagi mengurangkan jumlah bakteria dan bau badan, kata ahli dermatologi Lauren Ploch, MD, dari Pusat Dermatologi & Pusat Kanser Georgia di Augusta.

Minuman beralkohol

Bagi mereka yang mengamalkan pengambilan minuman beralkohol, ia boleh menyebabkan bau badan yang teruk. Alkohol yang masuk ke dalam aliran darah, sebahagiannya akan menghasilkan bau badan yang sangat kuat melalui nafas dan peluh.

Kebanyakan alkohol akan di proses dalam hati dan dikeluarkan dari badan dalam bentuk peluh dan air kencing. Tetapi jika anda minum alkohol secara berlebihan, maka ia menyebabkan hati tidak boleh memproses bahan ini.

Pakai baju dalam secara berulang

Adakah anda memakai baju dalam yang sama sepanjang minggu? Kain pada baju dalam akan menyentuh payudara dan dada anda. Maka ia amat mudah terdedah kepada peluh.

Kelembapan boleh menyebabkan bakteria dan bau badan yang kuat, kata Dr Jhin.
Ingat, jangan pakai baju dalam yang sama selama 2 hari berturut-turut kerana ia akan menyebakan bau yang sangat busuk. Pilihlah fabrik yang sesuai seperti kapas untuk pakaiaan dalam agar ia tidak mengeluarkan bau badan yang kuat.

Pakai stoking sama, kasut bertutup

Memakai kasut bertutup tanpa stoking menyebakan kaki anda berbau sangat busuk.

Jika anda hendak menghilangkan bau kaki yang kuat itu, elakkan memakai kasut sama setiap hari, sebaliknya bertukarlah ke kasut lain. Ingat, jagalah kaki anda agar ia tidak berbau dan menganggu ‘hidung’ orang sekeliling.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.