Bayi 4 bulan berambut lebat jadi model syampu

Bayi 4 bulan berambut lebat jadi model syampu

Rambutnya yang lebat dan kembang membuatkan ribuan orang mula membanjiri akaun Instagramnya.

Usianya baru setahun jagung tetapi sudah diburu menjadi model iklan komersial jenama syampu terkemuka, Pantene.

Chanco, bayi dari Jepun yang popular kerana rambut lebatnya juga seorang ‘insta famous’ selepas gambarnya dimuatnaik oleh ibu bayi itu di media sosial.

Ibu Chanco, Mami Kano memuatnaik gambar anak perempuannya ketika berusia 4 bulan di media sosial dan rambutnya yang sangat lebat dan kembang membuatkan ribuan orang mula membanjiri akaun Instagramnya.

Ekoran popularitinya itu, gambar tersebut menerima lebih 345,000 pengikut di Instagram.

Malah, si kecil itu juga menerima tawaran membintangi iklan dengan syarikat Pantene milik P&G memaparkan kisah rambutnya sejak lahir dan pada masa sama menggalakkan orang ramai meraikan perbezaan.

“Saya sangat terkejut dengan reaksi yang diterima terhadap video itu, tetapi tetap berasa sangat bangga dengan pujian dari pelbagai negara,” kata Kano dalam satu wawancara dengan majalah People berhubung iklan tersebut.

Beliau yang tidak bercadang untuk memotong rambut anak perempuanya juga menambah, kunci utama menjaga rambut anak perempuannya ialah dengan memberus dan biarkan ia hidup bebas seperti diri si kecil itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.