Halia… herba mujarab untuk kesihatan

Halia… herba mujarab untuk kesihatan

Halia memberi sensai hangat melalui esofagus dan ternyata baik untuk kesihatan secara umum.

Apabila kita menghadapi masalah kesihatan yang umum seperti selsema, senak perut dan angin dalam badan, salah satu rawatan ‘tradisional’ yang biasa dicuba ialah minum air rendaman halia.

Halia memberi sensai hangat melalui esofagus dan ternyata baik untuk kesihatan secara umum.

Bermula dari sistem pencernaan hinggalah untuk melawan Alzheimer, halia amat mujarab.

Di sini dinyatakan beberapa kebaikan minum air halia yang mungkin anda tidak tahu. Selepas ini, bolehlah jadikan amalan meminum air rendaman halia sebagai salah satu rejim penjagaan kesihatan anda.

1. Baik untuk pencernaan

Minum segelas air halia hangat setiap hari untuk menguatkan sistem pencernaan. Apabila perut terasa tidak selesa, masak air halia atau serbuk halia yang biasa dijumpai di pasaran dan minum.

Bagi wanita hamil, air halia juga dapat mengurangkan rasa mual atau morning sickness. Hanya campurkan satu sudu daun pudina, perahan jus limau, satu sudu madu dan air halia.

2. Mengimbangi paras gula dalam darah

Penggunaan air halia membantu mengimbangkan paras gula dalam kalangan pesakit diabetes jenis 2.

Satu kajian pada tahun 2015 mendapati 3 gram serbuk halia setiap hari membantu pesakit diabetes meningkatkan indeks glisemik mereka.

Di samping itu, satu kajian mendapati halia berguna dalam mengurangkan kadar gula dalam darah pada mereka yang menghidap diabetes.

3. Meringankan gejala PMS

Adakah anda sering berasa tidak selesa sewaktu haid? Halia boleh membantu melegakan kesakitan tersebut.

Pakar dari NYU Langine Gastroentrologi, Lisa Ganjhu berkata, halia mengandungi komponen anti-radang yang mampu meredakan sakit sewaktu haid yang turut dikenali senggugut.

4. Lawan Alzheimer

Alzheimer adalah penyakit yang menyerang saraf dan mempengaruhi sistem saraf pusat. Bukti saintifik menunjukkan, halia boleh melambatkan proses kemerosotan sel-sel otak. Ini kerana komponen antioksidan dalam halia yang bertindak balas terhadap keradangan di dalam otak.

5. Anti-mual

Rasa mual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan halia boleh digunakan sebagai ubat. Rasa tersebut boleh disebabkan oleh ‘morning sickness’ dalam kalangan wanita hamil dan loya akibat kemoterapi.

Halia mempercepatkan proses pengosongan perut dengan mengeluarkan bahan yang terperangkap dalam perut ke usus kecil secara lebih cekap.

Bagaimanapun, penggunaan halia pada wanita hamil lebih baik jika disertai dengan perundingan perubatan terlebih dahulu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.